Thursday, February 18, 2010

Al Fatihah Buat En. Ahmadi Hassan 18/02/2010








SUNGAI BULOH: Pelopor muzik nasyid tanah air, Ahmadi Hassan, 63, atau nama sebenarnya Ahmad Hassan, meninggal dunia kira-kira jam 5.30 petang semalam akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru. Ahmadi yang popular dengan lagu Godaan Dunia dan Boleh Kata Boleh, dimasukkan ke hospital berkenaan dua minggu lalu selepas hampir sebulan demam. Ketika menjalani ujian darah bagi mencari punca penyakit, doktor mendapati kedua-dua buah pinggangnya mengecut.
-
Anak sulung Allahyarham, Shahril Ahmad, 35, yang ditemui di kediaman arwah di Kampung Merbau Sempak, berkata bapanya kelihatan sihat semalam dan mempunyai selera makan, namun lemah selepas menjalani rawatan dialisis yang kelima pagi semalam.
Jenazah Allahyarham dikebumikan jam 10 pagi di tanah perkuburan kampung berkenaan. Allahyarham Ahmadi yang berasal dari Padang Menora, Seberang Perai meninggalkan seorang balu, Shamsiah Hamdan, 50, serta tujuh cahaya mata.
-
**Petikan Berita Harian Online.

-
Takziah buat ahli BATAS, Puan Shamsiah Hamdan.

4 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ahmadi Hassan. Takziah dan banyak-banyak sabar buat puan Shamsiah

nani said...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ahmadi Hassan. Takziah dan banyak-banyak sabar buat puan Shamsiah

Anonymous said...

elena : semoga Allahyarham ditempatkan bersama org2 yg beriman.. sabar yer ksham.. ape2 mintalah bantuan kami.. kami sedia membantu..

ina said...

Salam takziah utk kak sham sekeluarga..moga rohnya dicucuri rahmat olehNya